Senin, 17 Februari 2014

Kereta penculik Kanak kanak Belanda dalam bengkel

myMetro

 apendy@hmetro.com.my
 
KUALA LUMPUR: Kereta Proton Gen-2 yang digunakan kumpulan penculik ketika melarikan kanak-kanak warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 12, pada 27 April lalu, ditemui di sebuah bengkel di ibu negara, dipercayai dalam proses menukar warna bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Penemuan itu tinjauan soal siasat ke atas enam suspek ditahan sebelum ini dengan seorang daripadanya disahkan pemilik kereta berkenaan.

Menurut sumber, kereta berkenaan bukan dicuri seperti dilaporkan sebelum ini, malah semakan rekod mendapati kereta itu didaftarkan atas nama seorang suspek yang ditahan dan tinjauan siasatan mendapati suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu ketika melarikan mangsa di persimpangan Jalan Kiara-Jalan Kiara 1, ketika kanak-kanak itu sedang berjalan kaki ke sekolahnya di Mont Kiara, di sini.

“Ketika serbuan dilakukan di bengkel itu, kereta berkenaan yang asalnya berwarna hitam sudah siap menjalani proses menggosok dan tampalan simen serta hanya menunggu masa untuk dicat baru. “Polis turut mengambil keterangan pekerja bengkel terbabit bagi membantu siasatan dan kenderaan terbabit kini ditempatkan di Balai Polis Travers,” katanya yang ditemui di sini, semalam.

Katanya, berhubung suspek utama kes penculikan, Jang Yin Jiang, 24, yang masih lagi bebas dan dikesan bersembunyi di Paris, Perancis dan polis memburunya dengan bantuan Interpol.


“Suspek dipercayai melarikan diri ke sana (Paris) pada hari wang tebusan diperoleh dan selepas membahagikan habuan kepada suspek lain yang sudah ditahan, dia membawa bersama isterinya dengan memberi alasan mahu berbulan madu tanpa memberitahu perkara sebenar kepada isterinya itu.


“Bagaimanapun, isterinya mengesyaki sesuatu apabila suspek ketakutan setiap kali berselisih dengan anggota polis di sana, selain sering berpindah hotel dipercayai bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Namun, selepas didesak beberapa kali, suspek akhirnya menceritakan perkara sebenar hingga berlaku pertengkaran,” katanya.

Berikutan pertengkaran itu, suspek kemudian meninggalkan isterinya sendirian di sebuah hotel di Paris dan hanya memberi wang sebanyak EUR100 (RM398) sebelum melarikan diri.

“Dengan menggunakan wang berkenaan, wanita itu menghubungi bapanya di ibu negara dan meminta dibelikan tiket penerbangan pulang ke tanah air. “Sebaik pulang ke tanah air, isteri suspek membuat laporan dan memberi keterangan di Balai Polis Travers serta wanita itu mengaku berkahwin dengan suspek setahun lalu dan mempunyai seorang cahaya mata selain mendakwa memang tidak mengetahui pekerjaan dilakukan suaminya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, kes penculikan Nayati kes terpencil dan bukan dilakukan sindiket terancang tetapi sebaliknya hanya kumpulan penjenayah amatur berdasarkan modus operandi digunakan.

0 komentar:

Posting Komentar

◄ Newer Post Older Post ►
 

Copyright 2011 blogger cileunyi