ISU mengenai masalah bayaran oleh pihak produksi kepada para pelakon bukanlah sesuatu yang baru.
Namun, ia menjadi agak hangat susulan kes saman yang difailkan oleh pelakon Rabecca Nur Al-Islam ke atas syarikat produksi milik penerbit dan penagarh terkenal, Erma Fatima baru-baru ini.
Terbaru, seorang lagi pelakon, Faradhiya meluahkan kekesalan yang terbuku di hatinya melalui laman Twitter mengenai permasalahan yang sama.
Tanpa mendedahkan produksi berkenaan, dia menjelaskan ini merupakan kali kedua dia berhadapan dengan masalah bayaran.
Produksi manalah agaknya ya? Kalau dah ada nama besar, takkanlah ada masalah bab bayar-membayar ni?
Apapun, ingatlah sikit dengan kepenatan orang yang sudah berkerja untuk kita. Jangan senang-senang saja ambil sikap lepas tangan.
Oleh: ELZA
0 komentar:
Posting Komentar